Latar belakang United States v. Windsor

Edith Windsor dan Thea Spyer merupakan pasangan sejenis yang menetap di New York dan mereka secara sah berkahwin di Toronto, Ontario, Kanada, pada tahun 2007. Kemudian, pada tahun 2008, negara bahagian New York mengiktiraf perkahwinan mereka susulan keputusan hakim. Spyer meninggal pada usia 77 tahun pada tahun 2009 dan mewariskan hartanya kepada Windsor. Windsor ingin meminta pengecualian cukai untuk pewaris dari pasangan yang sudah meninggal. Namun, beliau tidak dapat memperoleh pengecualian cukai akibat Bab 3 DOMA yang mengatur bahawa istilah "pasangan" hanya berlaku untuk perkahwinan antara seorang lelaki dengan seorang wanita. Internal Revenue Service memutuskan bahwa pengecualian cukai tidak berlaku untuk perkahwinan sesama jenis dan mengharuskan Windsor untuk membayar pajak sebesar $363.053.

Pada 9 November 2010, Windsor menuntut pemerintah persekutuan di mahkamah daerah selatan New York dan meminta ganti rugi.[5] Pada 23 Februari 2011, Pada 23 Februari 2011, Peguam Negara Eric Holder mengumumkan bahawa Jabatan Keadilan Amerika Syarikat tidak akan berusaha mengekalkan ketetapan Bab 3 DOMA. Namun, pada 18 April 2011, Paul Clement yang mewakili Kumpulan Penasihat Undang-Undang Bipartisan (BLAG) campur tangan untuk mempertahankan undang-undang. Pada 6 Jun 2012, Hakim Barbara S. Jones memutuskan bahawa BAB 3 DOMA tidak berperlembagaan kerana melanggar jaminan proses adil Pindaan Kelima[6] dan memerintahkan agar kerajaan pusat mengembalikan cukai warisan yang telah dibayar bersama dengan faedah. Mahkamah Rayuan Amerika Syarikat[7] kemudian mempertahankan keputusan mahkamah daerah pada 18 Oktober 2012.

BLAG lalu membawa kes ini ke Mahkamah Agung Amerika Syarikat. Pada 26 Jun 2013, Mahkamah Agung Amerika Syarikat dalam keputusan 5–4 menyatakan bahawa Bab 3 DOMA tidak berperlembagaan.[8] Pada hari yang sama, mahkamah juga mengeluarkan keputusan 5-4 dalam kes Hollingsworth v. Perry yang berkaitan dengan inisiatif pindaan perlembagaan California yang melarang perkahwinan sesama jenis. Keputusan tersebut secara berkesan membenarkan perkahwinan sesama jenis di negara itu.

Rujukan

WikiPedia: United States v. Windsor http://edition.cnn.com/2013/06/26/politics/scotus-... http://supreme.justia.com/us/570/12-307/index.html http://supreme.justia.com/us/570/744/case.html http://supreme.justia.com/us/570/___/case.html http://nbcpolitics.nbcnews.com/_news/2013/06/26/19... http://www.newyorker.com/magazine/2013/09/30/the-p... http://www.newyorker.com/news/news-desk/how-the-co... //ssrn.com/abstract=2255240 http://books.wwnorton.com/books/then-comes-marriag... http://scholarship.law.gwu.edu/cgi/viewcontent.cgi...